Monday 29 July 2013

Rawatan SPA Yang Mengerikan Di Dunia




Siput telah lama dikenali sebagai haiwan perosak yang boleh menjejaskan hasil tanaman. Namun, di sebalik reputasi haiwan itu, siput sebenarnya boleh menjadi rakan baik apabila bercakap mengenai antipenuaan.
Di Jepun, satu penemuan baharu yang melibatkan beberapa ekor siput hidup diletakkan di muka telah menjadi kaedah untuk rawatan kecantikan.

Lendir siput itu dikatakan membantu menaikkan seri wajah.
Ia membantu kulit mengekalkan kelembapan, melegakan keradangan dan menyingkirkan sel kulit mati.
Ketika menjalani rawatan selama 60 minit yang ditawarkan di sebuah salun di Tokyo, muka para pelanggan wanita dibersihkan terlebih dahulu sebelum beberapa ekor siput diletakkan di pipi serta dahi mereka.
Haiwan-haiwan itu kemudian bergerak ke bahagian lain muka pelanggan.
Rawatan itu ditawarkan pada harga AS$110 (RM351.28) menerusi pakej rawatan kecantikan.
Sesi menggunakan siput itu melibatkan tempoh sehingga lima minit.
“Lendir siput boleh membantu sel-sel kulit menjalani pemulihan di muka.
“Justeru, kita mengharapkan siput ini dapat membantu menyembuhkan kulit yang rosak.
“Kami juga berminat dengan fakta bahawa siput mempunyai fungsi yang boleh membantu menyembuhkan kulit yang rosak disebabkan oleh sinaran ultraungu,” kata pengurus jualan di salun tersebut, Yoko Miniami.
Bekalan siput-siput tersebut diperoleh daripada penternak haiwan tersebut di Jepun.
Pihak salun itu membeli haiwan tersebut daripada penternak siput organik.
Para kakitangan salun itu juga memastikan siput tersebut dibersihkan terlebih dahulu dan berada dalam keadaan sihat sebelum diletakkan di atas muka pelanggan.
Seorang pelanggan yang hanya dikenali sebagai Sayaka Ito berkata, dia berasa seperti bersantai semasa menjalani rawatan kecantikan itu.
“Anda boleh berasa siput-siput itu bergerak di muka.
“Muka saya kemudian terasa lembap,” katanya yang juga menyatakan dia hampir tertidur semasa menjalani rawatan tersebut.

RAWATAN muka menggunakan telur ikan dianggap dapat mencerahkan kulit.


Rawatan telur ikan
Rawatan muka menggunakan telur ikan pula merupakan salah satu rawatan kulit yang popular sekali gus dapat memudakan dan memberikan nutrisi kepada kulit.
Rawatan tersebut dapat menyerap sehingga ke bahagian dalam kulit.
Mineral yang terkandung di dalam telur ikan itu dapat menembusi kulit dan hasilnya tidak hanya membuat kulit menjadi lebih mulus, ia juga dapat menghaluskan, meremajakan, melembapkan serta mencerahkan kulit.
Muka pelanggan akan dibersihkan dengan pembersih susu dan sabun sebelum telur ikan itu diletakkan.
Rawatan itu melibatkan masa selama satu jam.
Di Israel pula, ular-ular di sebuah spa di Talmei Elazar mempunyai fungsi lain iaitu mengurut manusia.
Ular-ular yang tidak berbisa akan bergerak-gerak di seluruh tubuh dan muka pelanggan.
Reptilia itu sangat bagus untuk meredakan sakit kepala.
Bayaran untuk rawatan itu ialah AS$250 (RM798.37).
Pelanggan boleh melalui pengalaman bersentuhan fizikal dengan ular kerana ia boleh melegakan tekanan.
Saiz ular bergantung kepada jenis urutan kerana ia memainkan fungsi tersendiri untuk mengurangkan ketegangan otot.
Terdapat enam ekor ular yang tidak berbisa digunakan untuk mengurut badan manusia.
Dalam pada itu, di Itali, kaedah terapi spa yang menggunakan jerami untuk ‘membungkus’ badan telah wujud sejak tahun 1903.
Jerami itu dipercayai boleh menarik keluar racun, merangsang metabolisme dan menguatkan sistem kekebalan tubuh.
Jerami itu dituai dari padang rumput Alpe di Siusi, Itali pada waktu pagi.
Bayaran yang dikenakan untuk rawatan itu ialah AS$42 (RM134.12).

Wednesday 17 July 2013

Pertandingan Ratu Cantik Miss Korea 2013 Dipenuhi Oleh 'Ratu Plastic Surgery' (10 gambar)

Finalis Miss Korea 2013 yang sedang heboh diberitakan menuai kontroversi ketika semua wajah para finalis hampir kelihatan sama antara satu sama lain. Bukanlah suatu rahsia jika Korea Selatan adalah negara terbesar dunia yang mana warganya melakukan pembedahan plastik. Korea Selatan juga dinobatkan sebagai negara yang paling canggih dalam teknologi pembedahan plastik.


Obsesi untuk tampil cantik adalah impian semua wanita, di Korea Selatan, melakukan pembedahan plastik bukanlah hal yang taboo dan dilarang. Sudah sering kita dengar bahawa kebanyakan wanita melakukan pembedahan plastik pada umur paling minimum yang dibenarkan oleh kerajaan Korea Selatan.

Hal ini semakin jelas ketika pertandingan Miss Korea 2013 yang menampilkan foto wajah para finalis yang diupload ke Reddit. Semuanya terlihat sama dan ini menimbulkan pertanyaan dan perdebatan dari warganya sendiri.

Gambar finalis Miss Korea 2013
Budaya pembedahan plastik ini diduga kerana pengaruh selebriti yang kelihatan cantik dan menjadikankan wanita-wanita Korea Selatan terinspirasi dari mereka. Melalui foto-foto finalis ini, kelihatan seperti mereka melakukan pembedahan plastik yang sama. Timbul komen bahawa beginilah trend pembedahan plastik di Korea Selatan dan trend ini berkumpul menjadi satu.

Mereka kelihatan mirip bukan?


Post ini dilihat lebih dari 3000 orang dan mereka berdebat tentang apa gunanya melakukan pembedahan plastik. HotBrownie pengguna Reddit mengatakan, “Ini disebut wajah pembedahan plastik di Korea Selatanl. Jika anda pergi ke Seoul, anda seperti melihat banyak saudara kandung yang mirip. Jika mereka tidak melakukan pembedahan, wajah mereka akan sangat mudah sekali untuk dibezakan.”

Bukankah mereka kelihatan seperti adik beradik?


Bentuk muka dan warna rambut hampir sama

Warna kulit, bentuk mata dan lainnya terlihat sama


Kim Yu-Mi, pemenang Miss Korea tahun lalu pernah mengakui bahawa dia pernah melakukan pembedahan plastik dan mendedahkan dengan jelas bagaimana dia melakukannya. 

Kim Yu-Mi

Thursday 11 July 2013

PAKCIK BERNAFSU BINATANG,NODAI REMAJA HIDAP SAKIT TULANG BELAKANG




MASJID TANAH: Penderitaan seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di sini akibat menghidap sakit tulang belakang sejak dilahirkan tidak berkesudahan malah semakin bertambah apabila dia dirogol bapa saudaranya berulang kali sejak dua tahun lalu.

Perlakuan keji bapa saudara mangsa berusia 50-an itu terbongkar minggu lalu selepas keluarga mangsa mengesan perubahan sikap gadis sunti itu lalu mendesaknya menceritakan masalah dialami.

Mangsa berusia 14 tahun memberitahu dia dirogol berulang kali oleh bapa saudaranya sejak dua tahun lalu dan kejadian berlaku sama ada di rumahnya sendiri atau rumah lelaki itu yang bekerja sebagai nelayan di Kampung Tanjung Dahan, di sini.

Ketika ditemui Harian Metro, mangsa memberitahu detik hitam dalam hidupnya bermula apabila bapa saudaranya itu datang ke rumah pada 2008 untuk meminjam tukul besi.

“Ketika itu ibu dan bapa tiada di rumah. Dua adik saya berada di rumah tapi bapa saudara memberi duit dan menyuruh mereka ke kedai membelikannya rokok.

“Dia kemudian menarik saya ke dalam bilik dan memaksa saya menanggalkan pakaian lalu merogol saya sambil mengugut akan membunuh saya jika saya laporkan kepada polis,” katanya.

Mangsa mendakwa selepas kejadian itu, setiap minggu tiga atau empat kali bapa saudaranya menyuruh dia ke rumahnya dan di sana dia dirogol sebelum diberi RM30 hingga RM50 untuk menutup mulut.

Kata mangsa, setiap kali balik dari sekolah, bapa saudaranya sering menunggunya di bangsal hadapan rumah dan dia pernah diugut bunuh beberapa kali jika menolak permintaan lelaki itu.

“Saya diperlakukan seperti binatang tanpa perikemanusiaan. Kalau saya tak layan, dia ugut akan bunuh saya. Itu yang sering dikatakannya setiap kali saya enggan melayannya menyebabkan saya takut,” katanya yang masih trauma selepas kejadian itu.

Berikutan pendedahan mangsa, ibu bapanya membuat laporan di Balai Polis Kuala Sungai Baru, kira-kira jam 7 petang, Sabtu lalu.

Bertindak atas maklumat, kira-kira jam 10 malam hari sama, sepasukan polis diketuai Inspektor Norafnna Ibrahim, menahan suspek di rumahnya.

Menurut sumber polis, suspek kini direman tujuh hari bermula semalam hingga 14 Ogos ini untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.