Sunday 12 May 2013

Kaya Tapi gabra sangat - Baju Emas Untuk Sambut Tahun Baru



Kaya Tapi Bangang - Baju Emas Untuk Sambut Tahun Baru | Sepasukan tukang emas yang mahir telah menghabiskan masa selama 15 hari menyiapkan sepasang baju khas untuk seorang ahli perniagaan India bagi membolehkan beliau melaram semasa menyambut kedatangan 2013.

Diberitakan, sepanjang tempoh 15 hari itu, pasukan tukang emas terbabit terpaksa bekerja sehingga 18 jam sehari sebelum dapat menyiapkan baju berkenaan.


Selepas selesai, baju itu didakwa berharga RM800,000.

Selain dari baju, ahli perniagaan di Pune, Mumbai itu dikatakan mahu baju berkenaan dihiasi dengan enam butang kristal Swarovski - sebuah jenama pengeluar barang kemas elit berpangkalan di Austria.

Selain dari butang kristal, ahli perniagaan terbabit juga mahu melaram dengan seutas tali pinggang emas.

Menurut ahli perniagaan terbabit, dia menganggap pakaian dan tali pinggang itu sebagai satu bentuk pelaburan.



“Memakai baju emas memang menjadi satu daripada impian saya,” katanya. Ahli perniagaan terbabit berkata, sebelum ini dia memiliki emas seberat 10 kilogram membabitkan 10 rantai emas, enam gelang, 25 cincin dan seutas jam tangan.

“Jika orang lain membeli kereta atau pergi bercuti, bagi saya emas menjadi daya tarikan mutlak.

“Tidak timbul isu keselamatan kerana saya juga mengupah pengawal peribadi,” katanya.

No comments:

Post a Comment