Thursday, 9 May 2013

Nur Amyliana Shuhada, 12 tahun Di Bunuh Kejam


                    

                       ACHA tidak dapat menahan kesedihan mengenang nasib anak perempuannya.



Mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemui dipercayai dirogol sebelum dibunuh di Bukit Tinggi, Klang semalam.                                               

Mayat kanak-kanak yang dikenali sebagai  Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 12 ditemui oleh seorang wanita pada jam 10.30 malam di kawasan parkir kereta Melayu di Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, Klang.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Muhamad Mat Yusop, mayat tersebut ditemui terbaring dengan kesan pendarahan pada kemaluan mangsa. "Tiada kesan kecederaan ditemui pada tubuh badan si mangsa namun pemeriksaan selanjutnya menemui kesan pendarahan pada kemaluan si mangsa," kata Muhamad.

Mangsa dipercayai telah keluar rumah bermain pada jam 12 tengah hari dan tidak pulang ke rumah sehingga waktu malam.

"Rumah mangsa terletak 200 meter dari tempat kejadian dan serentak dengan itu juga dua suspek lelaki berasal telah ditahan untuk bantu siasatan," beliau berkata.

Dua suspek umur 19 dan 24 yang tidak bekerja itu ditahan jam 6 pagi hari ini di kawasan berhampiran tempat kejadian dan sebuah penyodok tanah yang dipercayai digunakan untuk cubaan menanam mangsa turut ditemui.

Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh-Bernama

No comments:

Post a Comment